Solat Jamak & Qasar
Pengenalan
Dalam keadaan tertentu yang menepati syarak, Islam mengharuskan umatnya menjamak dan mengqasarkan solat fardu sebagai rukhsah (kemudahan).Kemudahan disini bermaksud kelonggaran kepada orang yang bermusafir lebih daripada dua marhalah (92km) yang berkemungkinan mengalami masalah untuk singgah mendirikan solat berkali-kali.
Ertinya, kita boleh menjamakkan dua solat serta mengqasarkannya sekali gus.
Maksud Solat Jamak
Solat jamak bermaksud mengumpulkan dua solat dalam satu waktu.
Misalnya mengumpulkan solat zohor dengan solat asar dan sebaliknya.
Serta solat fadhu maghrib dengan Isyak dan sebaliknya.
Solat Jamak terbahagi kepada dua, iaitu Jamak Takdim dan Jamak Takhir:
Jamak Takdim
Jamak Takdim bermaksud melakukan solat jamak dalam waktu solat pertama.
Contohnya:
- Solat Zohor dijamakkan dengan Solat Asar dalam waktu Zohor
- Solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Maghrib
… maka ia dinamakan Jamak Takdim.
Jamak Takhir
Jamak takhir pula adalah melaksanakan solat jamak pada waktu solat kedua.
Contohnya Solat Zohor dan Asar pada waktu asar, Solat Maghrib dan Isyak pada waktu isyak.
Solat Qasar
Qasar bermaksud memendekkan solat.
Contohnya daripada empat rakaat dipendekkan menjadi dua rakaat.
Solat yang boleh dipendekkan menjadi dua rakaat ialah Solat Isyak, Zohor dan Asar.
Solat Qasar juga boleh digabungkan dengan Jamak, iaitu dengan memendekkan jumlah rakaat dan menghimpun solat-solat tersebut.
Niat Solat Jamak
Di bawah ini disediakan panduan niat solat Jamak & Qasar berserta cara langkah demi langkah untuk mengerjakan jamak & qasar (takdim dan takhir) untuk setiap solat:
Niat Solat Jamak Zohor dan Asar (JAMAK TAKDIM)
Cara solat Jamak Takdim Zohor dan Asar adalah seperti berikut:
Setelah masuk waktu zohor dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir, maka berwuduk dan bersedialah untuk solat.Lafaz niat solat jamak takdim bagi solat Zohor adalah seperti berikut:Niat Solat Jamak Takdim Zohor
Usolli Fardoz Zuhri Qosron Rak’ataini Jam’a Takdiimin Lillahi Taala
Maksudnya:
Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.Kerjakanlah solat fardu zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.Selesai sahaja salam, segera bangun berdiri untuk solat fardu Asar tanpa membaca wirid, doa atau solat sunat.Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua solat fardu tersebut (muwalat)Lafaz niat untuk solat jamak fardu Asar:Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
Niat Solat Jamak Takdim Asar
Usolli Fardol ‘Asri Qosron Rak’ataini Jam’a Takdiimin Lillahi Taala
Maksudnya:
Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.Kerjakan solat fardu Asar tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.Dengan demikian, kita tidak perlu lagimengerjakan solat fardu Asar di waktu Asar nanti.Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
Niat Solat Jamak Zohor dan Asar (JAMAK TAKHIR)
Cara solat Jamak Takhir Zohor dan Asar adalah seperti berikut:
Setelah masuk waktu zohor dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir, maka berniatlah kita untuk mengerjakan solat fardu Zohor di waktu Asar nanti.Niatnya lebih kurang begini, “Sahaja aku akan mengerjakan solat fardu Zohor jamak takhir di waktu Asar nanti”. Niat ini adalah syarat untuk jamak takhir. Jika tidak diniatkan dalam waktu Zohor, jamak tersebut tidak sah.Maksudnya, jika terlupa niat, kita tidak boleh buat jamak takhir tetapi mesti qada solat Zohor dahulu.Apabila masuk waktu Asar, bersedialah untuk solat. Mulakan dengan solat fardu Asar dahulu.Dalam keadaan berdiri dan mengadap kiblat, ucapkanlah lafaz niatnya:Niat Solat Jamak Takhir Asar
Usolli Fardol ‘Asri Qosron Rak’ataini Jam’a Takhirin Lillahi Taala
Maksudnya:
Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.Kerjakanlah solat fardu Asar tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan surah Al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.Selesai sahaja salam, teruslah bangun berdiri untuk solat fardu Zohor tanpa membaca wirid, doa, atau solat sunat.Jangan dipisahkan terlalu lama antara kedua solat fardu tersebut.Lafaz niat untuk solat fardu zohor:Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.
Niat Solat Jamak Takhir Zohor
Usolli Fardoz Zuhri Qosron Rak’ataini Jam’a Takhirin Lillahi Taala
Maksudnya:
Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.Kerjakanlah solat fardu Zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan surah Al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.
Niat Solat Jamak Maghrib dan Isyak (JAMAK TAKDIM)
Cara solat Jamak Takdim Maghrib dan Isyak adalah seperti berikut:
Setelah masuk waktu maghrib dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir, maka berwuduk dan bersedialah untuk solat.Dalam keadaan berdiri dan mengadap kiblat, ucapkanlah lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa takbiratul ihram):Niat Jamak Takdim Solat Maghrib
Usolli Fardol Maghribi Salasa Raka’atin Jam’a Takdiimin Lillahi Taala
Maksudnya:
Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.Kerjakan solat fardu Maghrib tersebut sebanyak tiga rakaat (tiada qasar untuk maghrib) dengan pembacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.Selesai sahaja salam, teruslah bangun berdiri untuk solat fardu Isyak tanpa membaca wirid, doa atau solat sunat.Jangan dipisahkan terlalu lama antara kedua solat fardu tersebut.Lafaz niat untuk solat fardu Isyak:Sahaja aku solat fardu Maghrib, tiga rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
Niat Jamak Takdim Solat Isyak
Usolli Fardol Isya’i Qosron Rak’ataini Jam’a Takdiimin Lillahi Taala
Maksudnya:
Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.Kerjakanlah solat fardu Isyak tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.Dengan demikian, kita tidak perlu mengerjakan solat fardu Isyak di waktu Isyak nanti.Sahaja aku solat fardu Isyak, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
Niat Solat Jamak Maghrib dan Isyak (JAMAK TAKHIR)
Cara solat Jamak Takhir Maghrib dan Isyak adalah seperti berikut:
Setelah masuk waktu Maghrib dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir, maka berniatlah kita untuk mengerjakan solat fardu Maghrib di waktu Isyak nanti.Niatnya lebih kurang begini, “Sahaja aku akan mengerjakan solat fardu Maghrib jamak takhir di waktu Isyak nanti”.Niat ini adalah syarat untuk jamak takhir. Jika tidak diniatkan dalam waktu Maghrib, jamak tersebut tidak sah.Maksudnya, jika terlupa niat, kita tidak boleh buat jamak takhir tetapi mesti qada solat Maghrib dahulu.Apabila masuk waktu Isyak, bersedialah untuk solat. Mulakan dengan solat fardu Isyak dahulu.Dalam keadaan berdiri dan mengadap kiblat, ucapkanlah lafaz niatnya:Niat Jamak Takhir Solat Isyak
Usolli Fardol Isya’i Qosron Rak’ataini Jama’a Takhirin Lillahi Taala
Maksudnya:
Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.Kerjakanlah solat fardhu Isyak tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.Selesai sahaja salam, teruslah bangun berdiri untuk solat fardu maghrib tanpa membaca wirid, doa atau solat sunat.Jangan dipisahkan terlalu lama antara kedua solat fardu tersebut.Lafaz niat untuk solat fardu Maghrib:Sahaja aku solat fardu Isyak, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.
Niat Jamak Takhir Solat Maghrib
Usolli Fardol Maghribi Salasa Raka’atin Jam’a Takhirin Lillahi Taala
Maksudnya:
Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.Kerjakanlah solat fardu Maghrib tersebut sebanyak tiga rakaat (tiada qasar untuk Maghrib) dengan pembacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat jamak takhir kerana Allah Taala









Ulasan
Catat Ulasan